Sebenarnya dah lama dah x naik flight nii,,so sgt teruja la aku bila dpt rezeki sekali lagi aku merasai naik kpal terbang tadi..last aku rasa naik flight masa aku 5tahun dlu..g langkawi ngan abah n mkcik..time dorang g honeymoon..tu last aku nek flight..smpai dah bsar gjah gini,alhamdulillah dpt merasa lg berada di atas awan=)..huhu..
Erm,aku bertolak dari hentian kajang ke aloq star pada ,pkul 9stgh mlm..24hb dis..bersama2 dgn abg,kak ipar n mama..kami berempat jer la..kami ke sana sbb ada kenduri kawen saudara kpd kakak ipar aku tu..kami ke sana dgn menaiki bas express 2tingkat milik SANI EKSPRESS..alhamdulillah kami sampai dgn selamatnya pada pertengahan waktu Subuh..sekitar jam 6.35pagi dan telah hari tu telah pun memasuki hari yg baru iaitu jumaat 25disember..
Sebenarnya aku xda nak crita pnjang2 pun peristiwa2 semasa aku di Kedah..aku cuma nak berkongsi perasaan aku..yer..prasaan apa yer aku nk ckp..entah..aku sendiri xtaw..aku cuma terkilan..berita mengenai kejadian 10 orang penumpang bas Sani Ekspress(perjalanan dari Klang ke Kangar) maut di lebuhraya km272 berdekatan dgn exit tol Jelapang,Perak betul2 memberi impak yang besar kpda aku..aku sungguh2 terkejut dan agak terkilan serta apa entah lagi perasaan yang aku rasa sehingga kini,aku sendiri tidak tahu..oleh kerana kejadian itu berlaku sehari selepas perjalanan aku ke kedah,dengan menaiki bas yang sama milik syarikat Sani Ekspres,iaitu bas dari syarikat yang sama dalam kejadian maut itu,membuatkan aku takut ..aku rsa seakan2 trauma pun ada..entahla...sukar utk aku mmperjelaskan apa yang aku rasa
Selepas berita itu tersebar satu malaysia dan menjadi topik hangat di kalangan msyrakat ,aku mndapat SMS dari bberapa org kwan rapatku yang bertanyakan akan keadaan aku..aku telah pun memaklumkan terlebih dahulu kpd mereka mngenai pmergianku ke Kedah dgn mnaiki bas Sani 2tingkat sebelum peristawa kemalangan ngeri yang meragut 10 penumpang itu terjadi.. ..selepas berita itu tersebar di media,kwan2 aku sibuk menanyakan keadaan aku..pagi sabtu tu,26 dis ..mreka dok sibuk sms aku..menanyakan soalan2 sbegini..dah selamat smpai ke blum??hahaha..padahal aku dah pun smpai kdah ari jumaat lagi..mreka risaw n takut pulak aku yang terbabit dalam kemalangan ngeri tu..dorang dok ingat yang aku naik bas yang kmalangan tu..erm..alahai sani ekspress..hilang sudah keyakinan aku pada mu..erm..tapi nak buat cmna,nak salahkan driver tu jer sebab terlelap mmgla xblh jugak,semuanya dah takdir TUHAN..
Ni nak cter kjadian tadi masa aku dah slamat smpai mendarat di KLIA.lpas dah trun flight,trus mnuju ke tmpat ambik bagasi kat conveyor..masatu jam mnunjukkan angka 10.45mlm..dlm masa yg sama,aku tgk rmai jemaah haji baru smpai..xtawla ni kumpulan yg ke brapa smpai..aku tgok mreka tgh mnuntut brg2 mreka kat mesin bagasi conveyor tu..mesti byk brg2 mreka..air zam2 nya la..kurma nya la...mcam2..keadaan nya pun sgt menyesakkan..sgt sesak.
Dalam msa tu,sempat jugak mata aku mmerhatikan mreka..mmerhatikan keadaan mreka..sempat aku melihat dan mmperhatikan bberapa orang jemaah haji dlm ramai2 tu..kalau nak dikatakan,memang majoriti nya semua warga emas..yang sudah boleh dikatakan pgkat gelaran bgi atuk dan nnek..keadaan mereka sgt lemah..ya..ada aku terlihat seorang hajjah yang berusia lbih kurang 60 tahun ke ats.matanya tidak boleh mlihat lagi ,seolah2 buta sebelah mata..kasihan aku mlihat keadaanya sbgitu..namun apakan daya,apa yg mmpu aku tlg ??gagahnya dia mnunaikan fardhu yg kelima itu..Subhanallah..sempat jugak aku mlihat lagi seorang pak haji ni,pun sudah tua umurnya..sudah bongkok..tapi tetap gagah mmbawa beg2 yang berat..memakai jubah putih berlilitkan serban di atas kpala..kasihannya dia..
Melalui apa yang aku telah lihat,aku mula terfikir..Dari situ,aku telah mula mencipta satu persoalan..persoalan yang aku rasa agak tidak keterlaluan..Aku mencipta soalan sendiri yang tiba2 shaja terbit di benak fikiran..aku tertanya sendiri..tanpa jwapan.Mengapa kah kita tidak shja mggunakan tenaga yang masih kuat dan berdaya ini utk mnunaikan fardhu haji di Mekah sana??mengapa kah kita perlu mnunggu apabila usia sudah melonjak tua baru hendak mnunaikan haji?dan ketika itu keadaan fizikal kita tidak lah sekuat mna..tidak cukup berdaya..kita hanya menggadaikan nasib diri di Tanah Suci sana..aku terfikir,alangkah baiknya jika kita mempersiapkan diri dgn lbih awal utk prgi mnunaikan rukun islam kelima itu sebelum usia mncapai tua..ketika tnga masih kuat..mngapa tidak??fikir2kanlah...
~semoga roh mereka dicucuri rahmat ~
No comments:
New comments are not allowed.